APA ITU PENGUJIAN SISTEM ?
Pengujian sistem merupakan salah satu proses dalam System Development Life Cycle (SDLC) dan sangat penting untuk memastikan sistem yang dibina dapat berjalan dengan lancar.
Pengujian sistem merupakan ujian atau siasatan yang dijalankan untuk membekal informasi tentang kelebihan, kualiti atau risiko sistem yang sedang dibangunkan.
OBJEKTIF PENGUJIAN SISTEM
- Mencari kesalahan yang ada di dalam sistem disebabkan oleh pembangun sistem.
- Mengelakkan kecacatan sistem.
- Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pengguna dan pelanggan.
- Meningkatkan aras keyakinan pengguna dengan menghasilkan sistem yang berkualiti.
KEGAGALAN SISTEM
Kegagalan sistem boleh berlaku kerana kegagalan perkakasan atau masalah perisian yang teruk. Kegagalan sistem mungkin atau mungkin tidak menghasilkan ralat yang dipaparkan pada skrin. Komputer boleh dimatikan tanpa amaran dan tanpa sebarang mesej ralat. Sekiranya mesej ralat dipaparkan, ia sering dipaparkan sebagai (Blue sreen of death error).
Faktor - Faktor yang menyebabkan kegagalan sistem adalah :
1. Pepijat atau bugs yang wujud dalam kod aturcara.
2. kesalahan akan timbul apabila pembangun sistem / jurutera sistem tidak memahami kehendak sistem atau spesifikasi rekabentuk.
PRINSIP PENGUJIAN SISTEM
- Bertujuan untuk membuktikan kewujudan kecacatan sistem.
- Pengujian secara menyeluruh.
- Pengujian dilakukan seawal semasa pengumpulan keperluan pelanggan.
- Kecacatan sistem berulang kali perlu diuji dengan menggunakan kes pengujian (test cases) yang berlainan.
- Cara pengujian sistem adalah mengikut jenis-jenis sistem.
PROSEDUR PENGUJIAN SISTEM
Prodesur pengujian sistem melibatkan beberapa fasa yang dikenali sebagai Software Testing Life Cycle (STLC). STLC adalah proses ujian yang dilaksanakan secara sistematik dan terancang. Dalam proses STLC, pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan kualiti produk.
Fasa - fasa Software Testing Life Cycle (STLC) adalah :
- Analisis Keperluan
- Perancangan Pengujian
- RekaBentuk Kes Pengujian
- Pembangunan Persekitaran Pengujian
- Pelaksanaan Pengujian
- Penutupan Pengujian & Laporan
- ANALISIS KEPERLUAN
- PERANCANGAN PENGUJIAN
- REKABENTUK KES PENGUJIAN
- PEMBANGUNAN PERSEKITARAN PENGUJIAN
- PELAKSANAAN PENGUJIAN
- PENUTUPAN PENGUJIAN & LAPORAN
KAEDAH PENGUJIAN
⟾PENGUJIAN STATIK
- Walkthrough
- Ulasan (Reviews)
- Pemeriksaan (Inspection)
⟾PENGUJIAN DINAMIK
- Kotak Hitam (Black Box)
- Kotak Putih (White Box)
PERBEZAAN PENGUJIAN STATIK & PENGUJIAN DINAMIK
LEMBAGA PENGUJIAN SISTEM (SOFTWARE TESTING BOARD)
A. MSTB
Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB) adalah badan negara yang mewakili kepentingan industri dalam mempromosikan Jaminan Kualiti Perisian (SQA) dan ujian perisian sebagai kecekapan teras dalam pembangunan produk dan perkhidmatan yang bergantung kepada IT.
B. AHLI MSTB
MSTB juga merupakan ahli Perisian Pengujian Perisian Asia (ASTA), sebuah persekutuan serantau yang terdiri daripada negara anggota ISTQB. Ibu pejabat serantau untuk ASTA berpusat di Malaysia dengan fungsi MSTB sebagai sekretariatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan